Pemilihan Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA (2023)

28 Ogos 2023

 

 Kepada Semua Perwakilan Pemuda MCA Bahagian

  

PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT PEMUDA MCA (2023)

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa Pusat  Pemuda MCA (2023) akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang tertera berikut dan bertempat di Pusat Mengundi yang dikenal pasti oleh MCA Bahagian masing-masing:-

 

Tarikh

:

23-9-2023 (Sabtu)

Waktu

:

2.00 petang hingga 7.00 petang

Tempat

:

Sila rujuk portal rasmi Pemilihan MCA (http://mcape.mca.org.my)

 

Perkara yang perlu diambil perhatian:-

 

  1. Hanya Perwakilan Pemuda MCA Bahagian yang memenuhi kriteria Seksyen1

Undang-undang Kecil Pemuda MCA layak mengundi bagi memilih Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA yang baharu. Pemilihan Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA (2023) bagi memilih jawatan- jawatan seperti berikut:-

 

Jawatan

Bilangan

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan

1 orang

Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan

1 orang

Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan

4 orang

Ahli Jawatankuasa Pusat

20 orang

Ahli Jawatankuasa Pusat (umur 30 tahun dan ke bawah)

5 orang

 

  1. Semua Perwakilan Pemuda MCA Bahagian mestilah mengemukakan kad pengenalan (Mykad) / kad keahlian yang bergambar / pasport atau lesen memandu bergambar yang asal untuk tujuan pengesahan. Hanya Perwakilan Pemuda MCA Bahagian yang layak serta identitinya disahkan sahaja akan dibenarkan

 

  1. Setiap Perwakilan Pemuda MCA Bahagian akan diberikan satu set Kertas Undi bagi jawatan- jawatan yang dipertandingkan, dan dikehendaki mengundi mengikut jumlah calon sebagaimana dinyatakan di atas kertas undi. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan Kertas Undi berkenaan menjadi undi rosak. Contoh: Memilih 4 orang Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, maka Perwakilan Pemuda MCA Bahagian hanya boleh membuat 4 pangkah “X” sahaja.

 

Sekian, terima kasih.

 

 DATUK CHONG SIN WOON

Setiausaha Agung MCA

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti Ibu Pejabat MCA

Lampiran: Notis Pemilihan Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA (2023)