Pemilihan Jawatankuasa Pusat MCA (2023)

28hb Ogos 2023

 

Kepada Semua Perwakilan Bahagian MCA

 

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Parti MCA (2023)

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa Pusat Parti MCA (2023) akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang tertera berikut, bertempat di Pusat Mengundi yang dikenal pasti oleh MCA Bahagian masing-masing:

 

Tarikh

:

24-9-2023 (Ahad)

Waktu

:

2.00 petang hingga 7.00 petang

Tempat

:

Sila rujuk portal rasmi Pemilihan MCA (http://mcape.mca.org.my)

 

Perkara yang perlu diambil perhatian:

 

  1. Hanya Perwakilan Bahagian yang memenuhi kriteria Seksyen 73 Perlembagaan MCA, layak mengundi bagi memilih Jawatankuasa Pusat MCA yang baharu. Pemilihan JawatankuasaPusat Parti MCA bagi memilih jawatan-jawatan seperti berikut:

 

Jawatan

Bilangan

Presiden

1 orang

Timbalan Presiden

1 orang

Naib Presiden

4 orang

Ahli-Ahli Jawatankuasa

25 orang

 

  1. SemuaPerwakilan Bahagian mestilah mengemukakan kad pengenalan (Mykad) /  pasport/ kad keahlian yang bergambar atau lesen memandu bergambar yang asal untuk tujuan pengesahan. Hanya Perwakilan Bahagian yang layak serta identitinya disahkan sahaja akan dibenarkan mengundi.

 

  1. Setiap Perwakilan MCA Bahagian akan diberikan satu set Kertas Undi bagi jawatan- jawatan yang dipertandingkan, dan dikehendaki mengundi mengikut jumlah calon sebagaimana dinyatakan di atas kertas undi. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan Kertas Undi berkenaan menjadi undi rosak. Contoh: Memilih 25 orang Ahli Jawatankuasa, maka Perwakilan Bahagian hanya boleh membuat 25 pangkah “X” sahaja.

 

Sekian, terima kasih.

 

Datuk Chong Sin Woon

Setiausaha Agung MCA

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti Ibu Pejabat MCA

Lampiran: Notis Pemilihan Jawatankuasa Pusat Parti MCA (2023)