Notis Perhimpunan Agung Tahun MCA ke-70

28hb Ogos 2023

 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

Para Perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Bahagian pada Tahun 2023

Ahli-Ahli Parlimen MCA dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri MCA

Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri/Pemuda Negeri/Wanita Negeri

Pengerusi-Pengerusi Bahagian MCA/Pemuda/Wanita

 

Per: Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-70

Adalah dimaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-70 akan diadakan pada Hari Ahad, 22hb Oktober 2023 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan San Choon, Tingkat 2 Wisma MCA, Kuala Lumpur.

 

Agenda

  1. Ucapan oleh Presiden
  2. Ucapan Perasmian
  3. Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker Perhimpunan
  4. Pengesahan Minit Perhimpunan Agung Tahunan ke-69 yang telah berlangsung pada 18hb Disember
  5. Pembentangan Laporan Setiausaha
  6. Perbincangan dan pengundian mengenai cadangan pindaan PerlembagaanMCA
  7. Usul Terima Kasih ke atas Ucapan
  8. Perbahasan ke atas Ucapan
  9. Perbahasan ke atasresolusi-resolusi.
  10. Usul di bawah Artikel 37.5 Perlembagaan

 

Pemilihan Jawatankuasa Pusat MCA 2023

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Parti akan diundi oleh Perwakilan Bahagian dalam sistem pemilihan baharu Parti. Hari penamaan calon akan diadakan pada 11 September 2023 (Isnin) dari jam 1:00 petang hingga 5:00 petang di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur. Hari pengundian dijadualkan pada 24 September 2023 (Ahad) dari 2:00 petang hingga 7:00 malam, dan akan diadakan serentak di pusat mengundi yang ditetapkan oleh MCA Bahagian di seluruh negara. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada notis kepada Perwakilan Bahagian untuk pemilihan Jawatankuasa Pusat atau laman web rasmi Pemilihan MCA)

 

Perwakilan Bahagian akan memilih Jawatankuasa Pusat seperti berikut :

 

Jawatan

Bilangan

Presiden

1 orang

Timbalan Presiden

1 orang

Naib Presiden

4 orang

Ahli-Ahli Jawatankuasa

25 orang

 

Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan maklumat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang ke-70 dan Pemilihan Jawatankuasa Pusat untuk perhatian Saudara/Saudari. Sila baca isi kandungan dengan terperinci.

Sekiranya Saudara/Saudari mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ibu Pejabat MCA di talian 03-2203 3888.

 

Terima kasih.

  

Yang benar,

Datuk Chong Sin Woon

Setiausaha Agung MCA

Lampiran: Notis Perhimpunan Agung MCA Ke-70