Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita MCA (2023)

28hb Ogos 2023

 

Kepada Semua Perwakilan Bahagian Wanita MCA

 

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita MCA (2023)

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita MCA (2023) akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti  yang tertera berikut, bertempat di Pusat Mengundi yang dikenal pasti oleh Bahagian MCA masing-masing:

Tarikh : 23-9-2023 (Sabtu)

Waktu : 2.00 petang hingga 7.00 petang

Tempat : Sila rujuk portal rasmi Pemilihan MCA (http://mcape.mca.org.my)

 

Perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. HanyaPerwakilan Bahagian Wanita MCA yang memenuhi kriteria Seksyen 3 Wanita MCA Bye-Laws, layak mengundi bagi memilih Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu. Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita MCA bagi memilih jawatan-jawatan seperti berikut:

 

Jawatan Bilangan

Ketua Wanita MCA Kebangsaan : 1 orang

Timbalan Ketua Wanita MCA Kebangsaan : 1 orang

Naib Ketua Wanita MCA Kebangsaan : 4 orang

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita MCA : 23 orang

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita MCA (40 Tahun & Ke Bawah) : 2 orang

 

  1. SemuaPerwakilan Bahagian Wanita MCA mestilah mengemukakan kad pengenalan (Mykad)/ pasport / kad keahlian yang bergambar atau lesen memandu bergambar yang asal untuk tujuan pengesahan. Hanya Perwakilan Bahagian Wanita MCA yang layak serta identitinya disahkan sahaja akan dibenarkan mengundi.

 

  1. SetiapPerwakilan Bahagian Wanita MCA akan diberikan satu set Kertas Undi bagi jawatan- jawatan yang dipertandingkan dan dikehendaki mengundi mengikut jumlah calon sebagaimana dinyatakan di atas kertas undi. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan Kertas Undi berkenaan menjadi undi rosak.  Contoh: Memilih 23 orang Ahli Jawatankuasa, maka Perwakilan Bahagian Wanita  MCA hanya boleh membuat 23 pangkah “X” sahaja.

 

Sekian, terima kasih.

 

Datuk Chong Sin Woon

Setiausaha Agung MCA

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti Ibu Pejabat MCA

Lampiran: Notis Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita MCA (2023)